Thursday, November 03, 2011

Sebenarnya kehidupan kita hanya ada beberapa hari sahaja.




Semalam - ianya terlalu berlalu pergi tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan melainkan penyesalan dan mengambil sebanyak mungkin pengajaran daripadanya.

Esok - semuanya belum pasti, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.
...
Hari ini - yang sedang kita hadapi dan merupakan peluang dan kesempatan untuk kita memanfaatkan sebaiknya.

Dan khazanah-khazanah untuk kita bina hari esok yang cemerlang berada di tangan kita hari ini iaitu peluang dan kesempatan untuk kita rebut sebaik mungkin. Sekiranya kita mengabaikan peluang dan kesempatan yang ada ini maka kita akan menjadi manusia yang bankrup di esok hari, yang lebih malang lagi kita tidak ada apa-apa untuk hari pertemuan kita dengan Allah SWT. 'Apa-apa' yang dapat menyelamatkan kita dari Azab Allah yang maha pedih.

No comments:

Gosip-Gosip