Saturday, January 28, 2012

Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu

• Bawalah dia ke jalan Allah
• Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
• Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah
• Jagalah dia dengan sepenuh hati
• KasihSAYANGIlah dia seadanya
• Lindungilah dia sebaik mungkin
• Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari
• Hargailah dia selayaknya
• Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya
• Bersabarlah dengan tingkah lakunya
• Terimalah & redha lah dengan kekurangan yang ada padanya
• Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya
• Ampun dan maafkanlah dia atas segala kesilapannya

Jenis- jenis sayang

✔ Sayang ALLAH SWT Syurga terbuka ツ
✔ Sayang RASUL menjauh neraka ツ
✔ Sayang AGAMA elak petaka ツ
✔ Sayang IBU jangan derhaka ツ
✔ Sayang AYAH elak di murka ツ
✔ Sayang IMAN amal di rangka ツ
✔ Sayang HATI berbaik sangka ツ
✔ Sayang ILMU tiada pusaka ツ
✔ Sayang NYAWA usah diteka ツ
✔ Sayang HARTA pada ketika ツ
✔ Sayang SAUDARA membalut duka ツ
✔ Sayang KEKASIH semaikan suka ツ
✔ Sayang SAHABAT sanggup terluka ツ
✔ Sayang KAWAN maniskan muka ツ

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Fikir2lah

7 pintu hati yang dimasuki Iblis

1- Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.
2- Hati yang memandang pada dosa-dosa kecil.
3- Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.
4- Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.
5- Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.
6- Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.
7- hati yang Ujub, Sombong, Riak dan Buruk Sangka pada orang lain.

Saya tak kisah....

Saya: "Saya tdk pernah tolak hukum poligami."
Sahabat: "Wah, hebat !"
Saya: "Saya tdk pernah melarang para suami nikah lagi."
Sahabat: "Wah, benar2 top ."
Saya: "Yang penting........"
Sahabat: "Yang penting...adil eh ?"
Saya: "Bukan... Yang penting, bukan SUAMI saya!!! hahaaaa ^^

al Kisah

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa????? 
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka. Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama. Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.

LELAKI : Wslm

Thursday, January 19, 2012

15 MUSUH SYAITAN



1-Rasulullah SAW.

2- Imam yang adil.

3- Orang kaya yang merendah diri.

4- Peniaga yang jujur ( benar ).

5- Orang Alim yang khusyuk.

6- Orang Mumin yang suka menasihati.

7- Orang Mukmin yang murah hati ( belas kasih ).

8- Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya.

9- Orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram.

10- Orang yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

11- Orang mukmin yang banyak bersedekah.

12- Orang mukmin yang berakhlak mulia.

13- Orang mukmin yang banyak berjasa kepada manusia.

14- Orang mukmin yang membaca Al-Quran, menghafaznya dan memahaminya.

15- Orang mukmin yang suka bersolat tahajjud di waktu malam.

Pesan Pada Diri


✿ Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa..
✿ Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan..
✿ Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku..
✿ Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada..
✿ Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna..
✿ Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak..

Bonas sentiasa dekati orang yang mengenali Allah

Sentiasa dekat di sisi orang yg mengenali Allah akan mengajak kita kepada enam hal dan berpaling dri 6 hal, yakni:
•.♥•►-Dari ragu menjadi yakin
•.♥•►-Dari riyak menjadi ikhlas
•.♥•►-Dari lalai menjadi ingat,
•.♥•►-Dari cinta dunia menjadi cinta akhirat
•.♥•►-Dari sombong menjadi rendah hati
•.♥•►-Dari berburuksangka menjadi berbaiksangka..

Ketahui hati kita

Andai HATI ingin MENANGIS...
Menangislah kepada ALLAH dengan TANGISAN kepada DOSA dan NODA yang telah dilakukan....

Andai ingin SABAR...
Sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah DIA tentukan...

Andai ingin DIAM...
Diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh MENSIA-SIAKAN dan membinasakan....

Andai ingin MARAH...
Marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang MEMPERSENDAKAN agama ALLAH....!

PERKATAAN JANGAN dalam Islam


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. - 
-JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. - 
-JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. 
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

ciri-ciri idaman isteri

Suami bagaimana yang sebenarnya di idamkan oleh seorang isteri?
Kali ini disenaraikan ciri-ciri suami yang amat didambakan oleh isteri di luar sana.

1. Sedia mendengar
Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.

2. Sentiasa menambah ilmu rumahtangga
Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

3. Menghargai
Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap.

4. Tidak sentiasa menyalahkan
Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.

5. Mampu menahan marah
Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.

6. Sayang diri sendiri
Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.

7. Boleh menerima pendapat isteri
Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.

8. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja.

9. Romantis
Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri

10. Membantu urusan rumahtangga dan anak
Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya.

11. Tidak cerewet
Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.

12. Soleh
Taat pada agama dan mampu membimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Friday, January 06, 2012

pEnjagaan Laptop yang Selamat..

• DELETE semua FILE kebencian & ammarah
• INSTALL anti-virus ego & putus asa
• RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang
• REFRESH peribadi kita yg mulia
• DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA
• UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS
• Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih
• LOADING semua dgn DOA & USAHA
• COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafaat

Gosip-Gosip