Friday, December 30, 2011

Niat..

Niat itu mengikut hati kita dengan ALLAH.
Diri ini kekadang terbabas juga.
Maka,Tegurlah, bukan menghukum.
Sayangilah,Bukan menfitnah.
Maafkanlah,Bukan membenci.
Mudahkanlah,Bukan menyusah.
Jadi,Saling peringatkanlah kerana diri ini mudah terlupa.

Wednesday, December 28, 2011

Jodoh & pertemuaN..

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang bagimu telah pasti
boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…
MENGASIHIMU…
dan MENCINTAIMU…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL…
dan tidak ada gunanya lagi…
karena dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu…
dan ketika itu tiba
TIADA LAGI ruang dalam hatinya untukmu
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN karena ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna
sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
kita juga tidak sempurna
jadi mengapa harapkan insan yang sempurna
sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
setiap yang bernama manusia itu
mempunyai kelemahan…
mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu
dan memberi peluang kepadanya berubah…
dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
itulah PASANGAN…
saling lengkap-melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI…
dengan mencintai Ilahi…
pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…
SEMPURNAKAH DIRI KAMU??
tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati…
apa yang pasti
kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA…
syukur di atas segalanya…

Hargailah KEKURANGANnya
untuk MENGGAPAI bahagia dan CINTAIlah dia
dengan segala kekurangannya untuk menggapai REDHANYA

Kita sentiasa bersama DIA

Melangkah itu mudah, namun mencari arah itu yang terkadang payah.
Mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
Dalam semua ini...menjaga istiqamahitu paling susah, payah dan lelah.
Namun DIA amat faham, bagi hambaNYA, DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik, hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA, lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Moga perjalan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan ALLAH SWT...

Keistimewaan WanIta..

Ya ALLAH, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya: Kerana wanita itu UNIK..

Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri untuk mencintai anak2 dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh rakan,
walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi

Wanita makhluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru...

Keikhlasan...

Niat itu mengikut hati kita dengan ALLAH.
Diri ini kekadang terbabas juga.
Maka,Tegurlah, bukan menghukum.
Sayangilah,Bukan menfitnah.
Maafkanlah,Bukan membenci.
Mudahkanlah,Bukan menyusah.
Jadi,Saling peringatkanlah kerana diri ini mudah terlupa.

Tuesday, December 27, 2011

Allah sentiasa ADa untuK Kita

:♥: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..

:♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

:♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

:♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

:♥:Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH

hatI

HATI ini ALLAH berikan utk kita,
HEBATnya HATI boleh BERBICARA tanpa SUARA..
hebatnya HATI mampu MENANGIS tanpa AIRMATA...
TAPI jgn lupa hebatnya HATI juga boleh menghancurkan IMAN kita...
LEMAHnya HATI dengan BISIKAN suara NAFSU..

♥ Jadi JAGAlah HATI kita dgn seBAIK-BAIKnya, InsyaAllah.

Monday, December 26, 2011

muslimah

muslimah pakai tudung labuh, GIRLS ckp ala ketinggalan zaman la, skrg ni shawl oke
muslimah pakai jubah labuh, GIRLS ckp ala x ikut fesyen betol dia ni
muslimah pakai stokin, GIRLS ckp ala kaki x lawa la tu
muslimah pakai purdah, GIRLS ckp euw malu la tu nk tunjuk muka

wahai insan yang bergelar GIRLS kutuklah semahu2 kalian sehingga kalian merasa puas. Tapi ingat ada yg lbh berkuasa dr kalian di ATAS sna, iaitu ALLAH... Biarlah org kutuk kita memakai bju ketinggalan zaman, asal kita x pkai bju akhir zaman. Wahai insan yg bergelar MUSLIMAH, endahkanlah kata2 mereka , ingatlah, tariklah perhatian ALLAH taala, bukan perhatian manusia

Pedang Kita..

......║\
......║▒\
......║▒▒\
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan...
......║░▒║..Pedang
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Dibalut
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kembali
......║░▒║..Sembuh
......║░▒║..TETAPI
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan
......║░▒║..Kata-kata
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kekal
......║░▒║..di
......║░▒║..Ingatan
......║░▒║..Sepanjang.
......║░▒║...Hayat.....
......║░▒║
......║░▒║
.▓▓▓▓▓▓▓▓▓ " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
.......]█▓[Imam Ghazali menjawab yang paling tajam adalah "lidah manusia".
.......]█▓[Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati
.......]█▓[dan melukai perasaan saudaranya sendiri.]
.......]█▓

•.¸¸❤¸¸.•*JIKA SAAT INI…..•.¸¸❤¸¸.•*

Kamu sedang tersenyum...
semoga senyum itu menjadi ibadah..

Kamu sedang marah...
semoga marah itu tidak melampaui batas..

Kamu sedang sedih...
semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa..

Kamu sedang letih...
semoga lelah itu menjadi penggugur dosa..

Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..

Semoga
kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidupmu selalu..

•.¸¸❤¸¸.•*Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin….•.¸¸❤¸¸.•*

Al KisaH

ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".

【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

p/s : may ALLAH bless all of us ♥

Tuesday, December 20, 2011

Hati

Berkata Imam Termizi r.a.:HATI terbahagi kepada 6:
1. HATI yang HIDUP - Hati penuh dgn Iman
2. HATI yang MATI - Hati yg kufur kepada ALLAH dan nikmat2nya
3. HATI yang SIHAT - Hati yg taat kepada ALLAH
4. HATI yang SAKIT - Hati yg tidak luput dari maksiat dan derhaka
5. HATI yang BAGUS - Hati yg selalu ingat akan ALLAH
6. HATI yang TIDUR - Hati yg lalai kepada ALLAH SWT

♥ Muhasabah diri ♥


✿Jika kita marah-TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
✿Jika kita bingung-KLIK doa agar tenang hati.
✿Jika kita dipuji-RELOAD syukur supaya tidak alpa
✿Jika kita gagal-DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
✿Jika kita kecewa- RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
✿Jika kita berdosa-UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
✿Jika kita berdendam-DELETE buruk sangka supaya bersih hati
✿Jika kita berbohong-BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
✿Jika kita buat maksiat-REGISTER SOFTWARE sikap baru dan taubat nasuha sentiasalah menuju ke arah kebaikan.. selamat beramal.. (^_^)

Saturday, December 17, 2011

Adakah anda seorg berjaya??

Walaupun:
Kita LULUS UPSR
Kita LULUS PMR
Kita LULUS SPM
Kita LULUS STPM
Kita LULUS STAM

Tapi adakah SPM yang satu lagi kita akan LULUS?
Hanya ALLAH yang tahu...

Nak tahu apa lagi satu SPM tu?

♥ Soalan Padang Mahsyar ♥ ! :)))

Friday, December 16, 2011

kite bukannya lebih drp org lain..

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

Aku hanya orang biasa...

Aku bukanlah hebat bila post2 ku berunsur Islamik tapi ku harapkan dengannya Allah akan memimpinku menjadi hamba yang solehah..

Aku bukan seorang yang tahan diuji bila selalu berbicara soal sabar tapi ku harapkan Allah akan mendidikku menjadi insan yang tegar dan tabah..

Aku bukanlah kuat beramal walaupun selalu bercerita soal kematian tapi ku berharap dengannya aku pun lebih bersedia menghadapi ajal.

Aku hanyalah hambaNya sekadar menyampaikan walaupun sepotong ayat.Kerana aku hanya ingin kita sama2 menjauhi lorong2 ke neraka dan aku ingin kita saling berpimpin tangan ke Syurga nanti..InsyaAllah..Ameen ya Rabb.

10 golongan yang tidak akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW :


1.golongan yang derhaka
2.golongan yang didalam hatinya ada penyakit
3.golongan yang membenci islam
4.golongan yang hanya memikirkan dunia
5.golongan yang meremehkan islam
6.golongan yang mengabaikan akhlak mulia
7.golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup
8.golongan yang derhaka ibu bapa
9.suami yang tidak menjaga isteri dari neraka
10.isteri yang tak mahu menyayangi dan mengurus anak.

bagi golongan yang pertama,iaitu golongan yang derhaka.ia terbahagi kepada 2 iaitu:

=kufur kepada Allah
=golongan yang derhaka.

Aturannya..........

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Rugi...Rugi..

Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
Ruginyaorang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat. ... insaflah,insaflah,insaflah. barang
siapa yang "like"pesanan ini maka dibalaslah kamu dengan pahala. Dan barang siapa yang "copy" pesanan ini maka dibalaslah kamu dengan pahala selagi
masih ada orang yang membacanya..

Wednesday, December 14, 2011

Wanita

Wanita dengan Kecantikan yang ia miliki,lebih Anggun daripada Mentari.
Wanita dengan Akhlaq yang ia miliki, lebih Harum daripada Kasturi.
Wanita dengan Kerendahan Hati yang ia miliki, lebih Tinggi daripada Rembulan.
Wanita dengan Sifat Keibuan yang ia miliki, lebih Menyegarkan daripada Hujan. 
Oleh kerana itu, Peliharalah Kecantikan itu dengan Iman, Peliharalah Keredhoan itu dengan Sikap qana’ah, dan Peliharalah Kesucian diri itu dengan Hijab

PANTUN NASIHAT


burung kenek-kenek,
hinggap diatas dahan,
pesan datuk nenek,
patuh perintah TUHAN.

terbang tinggi diawan,
pesan datuk nenek,
pandai2 cari kawan.

burung kenek-kenek,
hinggap dipohon sena,
pesan datuk nenek,
jadilah orang2 berguna

Tuesday, December 13, 2011

Buka jgN Xbuka..

BUKA "hati" dpt "cinte", ! ♥♥
BUKA "buku"dpt "ilmu" ! ^_^^_^
BUKA "tangan " dpt "duet" ! >_<
BUKA "facebook "dpt kwn ! :):)
BUKA "Al-Quran "dpt ketenangan!!♥ ^^

SAY WE ♥ ALLAH............♥♥

Sunday, December 11, 2011

Orang BertaQwa...

"Untuk bertakwa manusia dihadapkan kepada lima pilihan. Siapa yang tepat pilihannya, maka ia akan memperoleh takwa. Apa saja kelima pilihan itu?

1. Orang bertakwa akan memilih beban berat daripada bersenang-senang.
2. Orang bertakwa akan memilih berjuang daripada berfoya-foya.
3. Orang bertakwa lebih memilih merendah daripada merasa mulia.
4. Orang bertakwa lebih memilih kesederhanaan daripada berlebihan.
5. Orang bertakwa lebih memilih bekal untuk mati daripada bekal untuk hidup.

Untuk kearah KEBAIKAN..

JANGAN PENAT mengajak ke arah KEBAIKAN,
kerana SYAITAN tidak pernah penat mengajak ke arah KEJAHATAN,
MALAIKAT pula tidak pernah cuti/jemu mencatat KEBAIKAN,
InsyaALLAH sahabat, selagi mana kita HIDUP di dunia...
selagi masih memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH ALLAH..
... selagi itulah menjadi KEWAJIPAN kita BERPESAN-PESAN,
dan saling membantu ke arah KEBAIKAN ♥ ...
Selagi HAYAT dikandung BADAN....إن شــآء الله تعالى...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Kadangkala selepas HILANG chenta MANUSIA,kita jumpa CHENTA ALLAH SWT
setelah DIZALIMI manusia,kita rasai ADILNYA ALLAH SWT
selepas SESAT dalam GELAP,kita HARGAI cahaya yang MALAM
Tatkala HATI keresahan,kita HARGAI erti KETENANGAN.
Bila ditimpa MUSIBAH,kita tahu KESABARAN itu INDAH
SAAT hidup dalam KEKURANGAN,kita YAKIN kesyukuran itu MENCUKUPKAN BENARLAH
setelah DATANG malam yang GELAP GELITA,baru TERLIHAT BINTANG di mata....
Subhanallah

Thursday, December 08, 2011

Keperibadian Wanita daripada Cara Berjalan(Sekadar Perkongsian)

Setiap gerakan wanita ketika berjalan melambangkan keperibadiannya.

1. Bila berjalan dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah (berjengket). Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur bila berbohong mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal wangnya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki.

2. Bila berjalan sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahasia. Walaupun banyak yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan temannya namun banyak lelaki yang berusaha untuk menaklukkan hatinya. Konon wanita seperti ini senang dibentuk.

3. Bila berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbicara dengan orang-orang yang dekat dengannya dan dpt dipercaya untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun jika ada lelaki yang berhasil menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Bila berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatakannya jika anda tidak mahu mendengar dia bicara panjang lebar. Meski pendiriannya teguh tapi selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mau bicara dengan orang yang berpengetahuan luas.

5. Bila berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mau urusan pribadinya dicampuri orang lain. Gaya bicaranya serius menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini ia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang tegas tanpa meninggalkan sifat-sifat romantisnya.
 

Tuesday, December 06, 2011

Cerita tentang seorg Lelaki dan Seekor lembu


LEMBU : Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI: Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

... tiba2 kedengaran laungan azan....

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Jadi Tuan dan saya samalah.
LELAKI : =.="

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)

NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA


Dengarlah pesananan ini:

* Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan ‘si dia’.
* Bercintalah kamu dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
* Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik ‘si dia’.
* Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
* Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kamu diijabkabulkan.
* Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
* Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.
* Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
* Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
* Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Shbt yg dikasihi.., jika kamu terlalu mencintai seseorang lebih dari Allah, nescaya Allah akan tarik nikmat itu sedikit demi sedikit.. bercintalah kalian dengan berpada2.. jika tidak tahan nafsumu, mohon ampun dari Allah.. lekatkan dlm hatimu bahawa cinta yg hakiki hanya utk Allah S.W.T... :)

Sunday, December 04, 2011

CINTA DATANG DARI ALLAH...... ♥

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta ...yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

sahabat..,.


sahabat, hapuskanlah sifat dengki dan prasangka sesamamu

dalam memperjuangkan tali persahabatan.

Ibarat pepohon, tanamkan benih kemaafan

lantas putikkan pucuk saling memahami dan caya-mempercayai

agar ditumbuhi dahan-dahan kejujuran, keikhlasan dan kasih-sayang.

Senantiasa bajakan dengan senda gurauan

dan seringkali sirami air senyuman

supaya segar berkuntum bunga kegembiraan

semoga kekal kembang mekar kemesraan yang berpanjangan

dalam taman indah yang bernama taman firdausi pencinta ilahi,,,allhu akbar3,,,,

Saturday, December 03, 2011

Siapa yang anda Lebih Sayang??


lelaki : awak cintakan saya lebih dari keluarga awak?

wanita : tak.

lelaki : kenapa?? sampai hati awak buat saya camni!
...
wanita : saya ada ALASAN tersendiri

lelaki : baiklah saya nak dengar dari hati awak sendiri.

wanita : bila saya mula melihat alam dunia, bukan awak yang tolong azankan saya tapi abah saya. bila saya menangis ditengah-tengah malam, bukan awak yang tolong tenangkan saya tetapi mak saya tolong dodoikan semula, jadi tanpa kesabaran & kesungguhan mak bapak saya. siapalah saya ?
sebab tu saya lebih sayangkan keluarga saya daripada awak. macam saya cakap sebelum ni, menyayangimu satu keharusan akan tetapi mencintai Allah & ibubapa saya satu kewajipan

Hari Ini..


HARI INI,,
Dengan WANG anda MAMPU memBELI apa sahaja yang berNILAI di DUNIA,
Akan Tetapi Suatu hari nanti,,,,
Dengan WANG anda tidak MAMPU memBELI SYURGA ALLAH yang tinggi NILAInya...

HARI INI,,
Anda MAKAN dan MINUM sesuka hati di DUNIA,
Akan Tetapi Suatu hari nanti,,,
Anda pula akan diMAKAN oleh ULAT, ULAR dan BINATANG dalam KUBUR setelah MENINGGAL DUNIA...

HARI INI,,
Anda SAYANG kepada ANAK, ISTERI, IBU BAPA dan KELUARGA setiap KETIKA,
Akan Tetapi Suatu hari nanti,,,
Anda akan meninggalkan mereka yang terSAYANG buat seLAMA-LAMAnya...

HARI INI,,
Anda MAMPU memakai PAKAIAN yang CANTIK dan MAHAL HARGAnya,
Akan Tetapi Suatu hari nanti,,,
Anda hanya MAMPU memakai sehelai KAIN PUTIH yang agak MURAH HARGAnya...

PERKARA YG TERPANTAS DI DUNIA??

Apakah perkara yang TERPANTAS di DUNIA?

~Jawab PENGKAJI CUACA : "Angin taufan atau tornado."
... ~Jawab DOKTOR : "Panahan Sesuatu."
~Jawab JURUTERA: "Peluru."
~Jawab SAINTIS : "Cahaya. Ia bergerak 6 bilion kilometer dalam satu tahun cahaya."

AKAN TETAPI..

~Jawab PETANI : "SOLAT"..Ia sampai TERUS kepada Allah walaupun BELUM SEMPAT kamu berKATA-KATA..-)

MORAL: "Walaupun PEKERJAAN kita Setinggi GUNUNG sekalipun,,,Janganlah sekali-kali kita LUPA pda ALLAH YG MAHA ESA....."

Friday, December 02, 2011

RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI..


Tipsnya Senang Sahaja..
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal...

 * Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T... Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya

Ambillah waktu..


Ambillah waktu untuk BERFIKIR,
Itu adalah sumber KEKUATAN.

Ambillah waktu untuk BERDOA,
Itu adalah sumber KETENANGAN.

Ambillah waktu untuk BELAJAR,
Itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.

Ambillah waktu untuk BERSAHABAT,
Itu adalah jalan menuju KEBAHAGIAAN.
Ambillah waktu untuk MEMBERI,
Itu membuatkan hidup terasa BERERTI.
Ambillah waktu untuk BELAJAR,
Itu adalah nilai KEBERHASILAN.
Ambillah waktu untuk BERAMAL,
Itu adalah kunci menuju SYURGA.

Gosip-Gosip