Tuesday, November 29, 2011

Penyakit Hati..

Orang yang sakit body (tubuh jasad) biasanya tak akan membahayakan orang lain. Namun orang yang sakit hati akan membahayakan orang lain bahkan boleh mencetuskan huru hara dan kerosakan pada kehidupan manusia lain... Maka jagalah dan baiki hati selalu agar sejahtera dan suci......

Kebanyakan orang2 yang mengalami sakit jasad atau tubuh lahir tiada membahayakan orang lain c...uma menyusahkan sedikit kerana terpaksa dirawat dan dijaga. Namun tiadalah mereka itu akan mencederakan dan membahayakan orang lain..

Pesakit jantung, kencing manis, kanser dan macam2 penyakit lahir tiada pernah membunuh atau mencederakan orang lain...

Pesakit yang menghidap penyakit hati dan mental bukan sahaja menyusahkan orang lain bahkan membahayakan orang lain dan boleh mencetuskan huru hara, kerosakan, permusuhan dan kehancuran pada kehidupan manusia...

Orang2 yang sakit hati seperti pemarah, dengki, pendemdam, cinta dan gila dunia, tamak harta dan kuasa dan macam2 penyakit hati lain amat berbahaya kerana dari penyakit inilah punca kerosakan dan kehancuran tammaddun dan peradaban manusia.......

Kebanyakan manusia hari ini sibuk menjaga tubuh lahir dengan pelbagai cara. Pelbagai makanan, ubat, rawatan, senaman dan macam2 kaedah bagi merawat dan mnyihatkan tubuh lahir. Pakar2, doktor dan orang yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit zahir banyak sekali.. Tempat2 rawatan hospital, klinik pusat rawatan pakar yang besar dan canggih banyak sekali.. Alatan yang terkini menggunakan teknologi canggih mudah didapati. semuanya ini adalah untuk mengubati dan merawat tubuh dan jasad lahir semata2 yang akhir kesudahannya dibungkus dan dikuburkan dan akan dimakan ulat2..

Terlalu jarang dan sedikit sekali orang2 hari ini yang sibuk dan sangat mengambil berat penyakit hati dan rohani ini.. Pakar2 yang dapat merawat penyakit hati dan rohani susah dan sukar didapati. Kalau adapun tak ramai yang ingin menemuinya untuk mendapatkan rawatan. Mereka tiada dikenali dan tiada dicari kerana manusia hari ini tiada mementingkan lagi penyakit ini kerana mereka tiada sedar diri kerana telah kelabu dan gelap mata hati....

Sakit jasad boleh nampak dimata dan terasa sakitnya.. Sakit hati tiada nampak dimata tiada dapat dirasa hanya yang ada cerah mata hati akan dapat mengenalnya.......ALLAH HU AKBAR...

No comments:

Gosip-Gosip