Saturday, August 21, 2010

RAmaDHAN

tiada kata seindah zikir,
tiada hari seindah HARI RAMADHAN,
untuk itu sy mohon maaf utk lisan y xterjaga,
janji y terabaikan,
hati y berprasangka,
dan semua sikap y pernah myakitkan.....
SELAMAT BERPUASA>>>>>>>>>>>

Wednesday, August 18, 2010

Lawak No (6)

Ada 3 orang adik beradik bernama Gila, Otak dan Gaduh. Tiba-tiba satu hari Gaduh hilang. Gila dan Otak pergi ke Balai Polis untuk membuat laporan.

Sampai di Balai Polis, Otak tunggu di luar, manakala Gila masuk ke dalam untuk membuat laporan.

“Ada apa?” Tanya anggota polis yang bertugas.

“Mahu cari Gaduh.” Jawab Gila.

“Awak gila ke?”

“Ya saya Gila.”

“Takde otak ke?”

“Otak ada kat luar.”

Lawak No (5)

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
 Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Lawak No (4)




Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. 
Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera 
mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, 
nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu... pergi sekolah?! 
Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa 
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru 
di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke 
sekolah. Cepat, bangun sekarang! 

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan
Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak!
Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah
 berusia lima puluh tahun.
 Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

6 Persiapan Ramadhan untuk Kita

1) Solat Fardhu 5 waktu : Usahakan untuk solat di awal waktu, 
setelah azan dikumandangkan. Cuba maintain selama
7 hari (40 waktu solat), insyaa-Allah ada perubahan.

2) Zikir : Selepas solat fardhu atau solat sunnat, 
cuba ambil tasbih dan berzikir munajat paling 
ringkas pun 5 minit jadi la. Usaha nak biasakan 
diri berzikir selepas solat. Insyaa-Allah kita akan biasa
 dengan zikir di luar solat.

3) Do'a : Selepas solat fardhu atau solat sunnat, berdo'a 
secara ringkas (5 minit) dan mudah difahami walaupun 
dalam bahasa Melayu. Usah terus bangun dari selesai 
solat sebab adab hamba kepada Tuan (Allah) wajib dipelihara.

4) Sedeqah : Biasakan diri hulur RM0.10 (seposen) ke 
mana2 tabung amal kebajikan. Sedikit hulur pun dah kira
 besar pahala di sisi Allah. Bersembang perkara kebaikan 
pun sudah dikira bersedeqah. Senyum pun sedeqah. 
Tolong perkara kebaikan pun sedeqah.

5) Jamu orang makan : Mana2 orang yang kita tahu 
dia faqir atau miskin, jamu diorang makan ikut kadar 
kemampuan kita. Kalo tak dapat pun, jamu haiwan (kucing) 
makan pun dah kira ok.

6) Sabar : Latihan di dalam bulan puasa memang teruk
 ujiannya. Berusaha untuk sabar dan tidak melenting untuk 
latih diri bersikap profesional dalam keadaan yang teruk.

P/S : Mudah-mudahan perubahan berkekalan sehingga 
hujung hayat kita, sampai ke hujung keturunan kita :)

Friday, August 13, 2010

Bila kita sayang org tu

Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....
HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG.....Wink

Saturday, August 07, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?



Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak  sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,  tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Gosip-Gosip