Tuesday, February 15, 2011

Santai hantu

POCONG

  • Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang kelemahannya. Kita hanya perlu membuka tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.
PONTIANAK
  • Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
HANTU RAYA
  • Hantu yang suka beraya dan menyamar jadi tuan rumah dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit aya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak keja dan aktiviti lain dia nak buat.
JERANGKUNG
  • Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
HANTU GALAH
  • Hantu nu la yang paling tinggi daripada hantu lain. Kalau jumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia xperasan kita ada kat situ.
TOYOL
  • Hantu ni lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. Nanti dia ingat duit mas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas sah-sah lah dapat penampar jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak macam tu..

Sunday, February 13, 2011

5 syarat melakukan maksiat

Suatu hari seorang pemuda menamui Ibrahim bin Adham lalu berkata,"Wahai Aba Ishak, selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Ibrahim berkata, "Kamu boleh bermaksiat kalau kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya

  1. Jangan memakan rezeki Allah
  2. Jangan tinggal di bumi Allah
  3. Carilah tempat bersembunyi yang tidak dapat melihat olehNya untuk kamu bermaksiat
  4. Katakan kepada malaikat maut supaya menangguhkan kematianmu ketika ia datang untuk mencabut rohmu
  5. Jangan kamu ikut malaikat Zabaniah yang datang untuk mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti
Pemuda tadi menjawab ,"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? Di mana aku mahu tinggal? Bukankah seluruh alam ini milik Allah? Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana?Mana mungkin Allah tidak melihat kita? Bukankah Allah Maha Melihat? Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat Zabaniah itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "Pemuda tersebut tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. " Melalui saat ini aku bertaubat kepada Allah. "katanya sambil teresak-esak.

Saturday, February 12, 2011

SAHABAT SEJATI.............

  1. Sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain
  2. percaya pada diri sendiri disamping percaya pada orang lain
  3. cuba mendekati orang dengan cara yang lebih tepat, ikut rentak mereka, kalau tak carilah yang boleh memahami diri anda
  4. jangan sesekali hilangkan kepercayaan oramg kepada diri kita. walau sebaik mana pun kita ada orang yang lebih baik daripada kita.
  5. apabila mengenali seseorang, kenal hati budinaya dan kenali juga nilai-nilai baik dan buruk.
  6. jangan tahu luaran sahaja tetapi ketahuilah dalamannya juga
  7. ikut kata hati dan analisis baik dan buruk.
Harap anda kawan-kawan dapat mencari sahabat yang bukan sahaja sejati di mata awak tetapi di mata semua insan di dunia ini.


" Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan
balasan semata-mata kerana 
semakin tinggi keikhlasan di dalam diri,
semakin tinggilah balasan baik 
yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

Sahabat yang beriman ibarat mentari yangmenyinar.
 Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN "

Saturday, February 05, 2011

Sedikit Renungan

Renungan Masa Beramal dan masa nak study
Pernah tak sahabat semua renungkan...betapa kita tidak
sanggup untuk bangun malam buat solat sunat tapi sanggup tak tidur makan untuk buat assignment......
Tahukah sahabat semua, Ibnu Sina, studynyer disulami dengan zikir....
bila terasa buntu, segera bangkit dan solat 2 rakaat minta petunjuk dari Allah.
Kita? studynya di sulami dengan lagu-lagu lagha...
kononnya lebih mudah masuk keotak.
Bila buntu, terasa otak sudah tepu..
mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.
Tapi, bila ditanya, pandai berkata-kata,
Jika belajar diniatkan kerana Allah , insyallah akan mendapat pahala.
Agak-agaknya, kerana Allah ke kita dengar lagu-lagu
Mariah Carey, Siti Nurhaliza dan sebagainya?
Atau kita niatkan kerana Allah bila menatap majalah hati, mangga, URTV etc,...
Atau kerana Allah kah kita menonton Magika, 4madu, dll?
Bila hati terasa gelap, sukar untuk menerima ilmu, mula bertanya sendiri...
Apa silap aku??
Sembahyang tak pernah sampai habis waktu.
tak pernah aku pergi ke club,
Tapi, sedartak kawan-kawan bahawa maksiat itu luas pengertiannya?
Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah,
Melihat orang lain membuat maksiat juga adalah maksiat.
Apatah lagi bila melihat aurat orang lain,...(majalah hiburan) macam mana lah hati tak gelap...
Nak terima ilmu dunia terasa payah apatah lagi bila sentuh pasal akhirat..
Ingatlah kawan-kawan,...
matlamat kita bukan sekadar untuk menjadi engineer tapi juga hamba Allah yang dipandangNya di akhirat nanti.
Siapakah yang akan membantu kita di padang masyar nanti?
Nak mintak syafaat para artis ke?
Aku risau, takut-takut Rasulullah tak pandang langsung kat kita. nak kenal ikut tanda sujud pon, sujud tak pernah lama.
setakat cecah dahi kat sejadah lebih kurang satu saat,
Kalau ikutbekas wudhu' pulak, wudhu' tak pernah sempurna.
Jadi, kalau Rasululla tak kenal, macam mana dia nak mengaku yang kita ni ummatnya?
Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dosa ni di hari hisab nanti?
Takutnya bila difikirkan....Terasa nak berhenti dari belajar.Nak beribadat sahaja tapi, pesan Rasulullah, kita kena kejar dunia dan akhirat.
Dengan Ilmu kita boleh menguasai ekonomi yang diterajui kuffur
Dengan ilmu kita boleh menerajui pimpinan negara.
Kalau tanpa ilmu, kita akan dipandang hina dan tidak berguna..
Tapi, kalau kita masih begini, agak-agaknya siapa yang rugi??
Cubalah renungkan dan selamat beramal.................

Gosip-Gosip