Tuesday, March 30, 2010

Perentak Bicara 2:

 Abu Faris 'Audah Abdul HadiRest our mind by read this article...1. When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person But, when that special someone is not around, you might look around to find them.At that moment,You Are In Love2. Always there is someone else who always makes you laugh,  your eyes and attention migh go only to that special

Perentak Bicara :

 Abu Faris 'Audah Abdul HadiPerasaan cinta sudah mula berputik,Mungkin juga pada dirinya,Ini namanya, fitrah kehidupan manusia.Bagaimana diri mengendalikannya.Seorang lelaki,pasti menginginkan seorang wanita menjadi srikandi.Wanita pula,impikan lelaki yang selalu menyayangi dan memahami.yang boleh jadi pemujuk bila kita berduka,pemberi semangat, disaat lemah tidak berdaya,"

Friday, March 26, 2010

Akum vs. As Salam


Posted on the March 25th, 2010 under Agama by admin 


Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasullullah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz “assalamualaikum” dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh “waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Beri salam – assalamualaikum”
Jawab salam – “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH ye”
Dan bukannya ” Kirim salam maut” statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Janganlah kita menggantikan perkataan
“Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
“As Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”
Maksud singkatan ” A’kum”
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang
bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum”, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.

Monday, March 22, 2010

Kotak kosong ade ape???

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

Wednesday, March 17, 2010

KAWAN

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu
sepah dibuang.......
kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang
cantik dipegang sakit.....
kata atuk, KAWAN tu seperti air terus
mengalir.....

kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp
nun jauh di sana....
kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan
kawan!!
kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape
dikata........
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk
tp sedap dimakan....
kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade
sekejap takde.......
kata saya, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun
dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan...
tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp
kawan saya... itu cara saya berkawan..

Contoh kiraan dari tarikh Lahir


Contoh tarikh Lahir
(27.07.1981)

Sikap & perwatakan (27)
2 + 7
= 9

Visi (27.7.1981)
2 + 7 + 7 + 1 + 9 + 8+ 1
= 35
= 3+5
= 8

Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk)
= Sikap + Visi = sifat dalaman
9 + 8
= 17
= 1+7
= 8
------------------------------------
Definisi ringkas.
No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.
No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

----------------------------------
Dari pakar psikologi & Dr fadhilah kamsah pernah menerangkan kaedah pengiraan ini

Tuesday, March 16, 2010

cinta...........

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

kadang2 cinta
C= cuma
I= ingin
N= nikmati
T= tubuh
A= aku


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana? Renungkan la....

Saturday, March 13, 2010

Hidup Yang indah

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi,
haruslah engkau  berusaha memperoleh kesempatan untuk bersamanya, seumur hidupmu.
Kerana dia telah pergi, segalanya telah terlambat.
Saat bertemu teman yang dapat dipercayai,
rukunlah bersamanya.
Kerana seumur hidup manusia,
teman sejati tak mudah ditemukan.
Saat bertemu penolongmu, ingat untuk bersyukur kepadanya.
Kerana ialah mengubah hidupmu.
Saat bertemu orang pernah kau cintai,
ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih.
Kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang cinta.
Saat bertemu orang yang pernah kau benci,
sapalah dengan tersenyum.
Kerana ia membantu semakin teguh dan kuat.
Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu,
baik-baiklah berbincanglah dengannya.
Kerana jika bukan kerana dia,
hari ini engkau tak memahami dunia ini.
Saat bertemu orang yang pernah diam-diam kau cintai,
berkatilah dia.
Kerana saat kau mencintainya,
bukankah berharap ia bahagia?
Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu,
berterima kasihlah bahawa ia pernah ada dalam hidupmu.
Kerana ia adalah bagian dari nostalgiamu.
~ HIDUP BIARLAH SELALU MENGHARGAI~

Gosip-Gosip