Saturday, February 05, 2011

Sedikit Renungan

Renungan Masa Beramal dan masa nak study
Pernah tak sahabat semua renungkan...betapa kita tidak
sanggup untuk bangun malam buat solat sunat tapi sanggup tak tidur makan untuk buat assignment......
Tahukah sahabat semua, Ibnu Sina, studynyer disulami dengan zikir....
bila terasa buntu, segera bangkit dan solat 2 rakaat minta petunjuk dari Allah.
Kita? studynya di sulami dengan lagu-lagu lagha...
kononnya lebih mudah masuk keotak.
Bila buntu, terasa otak sudah tepu..
mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.
Tapi, bila ditanya, pandai berkata-kata,
Jika belajar diniatkan kerana Allah , insyallah akan mendapat pahala.
Agak-agaknya, kerana Allah ke kita dengar lagu-lagu
Mariah Carey, Siti Nurhaliza dan sebagainya?
Atau kita niatkan kerana Allah bila menatap majalah hati, mangga, URTV etc,...
Atau kerana Allah kah kita menonton Magika, 4madu, dll?
Bila hati terasa gelap, sukar untuk menerima ilmu, mula bertanya sendiri...
Apa silap aku??
Sembahyang tak pernah sampai habis waktu.
tak pernah aku pergi ke club,
Tapi, sedartak kawan-kawan bahawa maksiat itu luas pengertiannya?
Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah,
Melihat orang lain membuat maksiat juga adalah maksiat.
Apatah lagi bila melihat aurat orang lain,...(majalah hiburan) macam mana lah hati tak gelap...
Nak terima ilmu dunia terasa payah apatah lagi bila sentuh pasal akhirat..
Ingatlah kawan-kawan,...
matlamat kita bukan sekadar untuk menjadi engineer tapi juga hamba Allah yang dipandangNya di akhirat nanti.
Siapakah yang akan membantu kita di padang masyar nanti?
Nak mintak syafaat para artis ke?
Aku risau, takut-takut Rasulullah tak pandang langsung kat kita. nak kenal ikut tanda sujud pon, sujud tak pernah lama.
setakat cecah dahi kat sejadah lebih kurang satu saat,
Kalau ikutbekas wudhu' pulak, wudhu' tak pernah sempurna.
Jadi, kalau Rasululla tak kenal, macam mana dia nak mengaku yang kita ni ummatnya?
Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dosa ni di hari hisab nanti?
Takutnya bila difikirkan....Terasa nak berhenti dari belajar.Nak beribadat sahaja tapi, pesan Rasulullah, kita kena kejar dunia dan akhirat.
Dengan Ilmu kita boleh menguasai ekonomi yang diterajui kuffur
Dengan ilmu kita boleh menerajui pimpinan negara.
Kalau tanpa ilmu, kita akan dipandang hina dan tidak berguna..
Tapi, kalau kita masih begini, agak-agaknya siapa yang rugi??
Cubalah renungkan dan selamat beramal.................

No comments:

Gosip-Gosip