Sunday, February 13, 2011

5 syarat melakukan maksiat

Suatu hari seorang pemuda menamui Ibrahim bin Adham lalu berkata,"Wahai Aba Ishak, selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Ibrahim berkata, "Kamu boleh bermaksiat kalau kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya

  1. Jangan memakan rezeki Allah
  2. Jangan tinggal di bumi Allah
  3. Carilah tempat bersembunyi yang tidak dapat melihat olehNya untuk kamu bermaksiat
  4. Katakan kepada malaikat maut supaya menangguhkan kematianmu ketika ia datang untuk mencabut rohmu
  5. Jangan kamu ikut malaikat Zabaniah yang datang untuk mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti
Pemuda tadi menjawab ,"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? Di mana aku mahu tinggal? Bukankah seluruh alam ini milik Allah? Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana?Mana mungkin Allah tidak melihat kita? Bukankah Allah Maha Melihat? Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat Zabaniah itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "Pemuda tersebut tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. " Melalui saat ini aku bertaubat kepada Allah. "katanya sambil teresak-esak.

No comments:

Gosip-Gosip