Tuesday, February 15, 2011

Santai hantu

POCONG

  • Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang kelemahannya. Kita hanya perlu membuka tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.
PONTIANAK
  • Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
HANTU RAYA
  • Hantu yang suka beraya dan menyamar jadi tuan rumah dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit aya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak keja dan aktiviti lain dia nak buat.
JERANGKUNG
  • Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
HANTU GALAH
  • Hantu nu la yang paling tinggi daripada hantu lain. Kalau jumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia xperasan kita ada kat situ.
TOYOL
  • Hantu ni lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. Nanti dia ingat duit mas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas sah-sah lah dapat penampar jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak macam tu..

No comments:

Gosip-Gosip