Wednesday, August 18, 2010

Lawak No (4)




Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. 
Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera 
mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, 
nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu... pergi sekolah?! 
Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa 
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru 
di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke 
sekolah. Cepat, bangun sekarang! 

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan
Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak!
Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah
 berusia lima puluh tahun.
 Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

No comments:

Gosip-Gosip