Wednesday, August 18, 2010

6 Persiapan Ramadhan untuk Kita

1) Solat Fardhu 5 waktu : Usahakan untuk solat di awal waktu, 
setelah azan dikumandangkan. Cuba maintain selama
7 hari (40 waktu solat), insyaa-Allah ada perubahan.

2) Zikir : Selepas solat fardhu atau solat sunnat, 
cuba ambil tasbih dan berzikir munajat paling 
ringkas pun 5 minit jadi la. Usaha nak biasakan 
diri berzikir selepas solat. Insyaa-Allah kita akan biasa
 dengan zikir di luar solat.

3) Do'a : Selepas solat fardhu atau solat sunnat, berdo'a 
secara ringkas (5 minit) dan mudah difahami walaupun 
dalam bahasa Melayu. Usah terus bangun dari selesai 
solat sebab adab hamba kepada Tuan (Allah) wajib dipelihara.

4) Sedeqah : Biasakan diri hulur RM0.10 (seposen) ke 
mana2 tabung amal kebajikan. Sedikit hulur pun dah kira
 besar pahala di sisi Allah. Bersembang perkara kebaikan 
pun sudah dikira bersedeqah. Senyum pun sedeqah. 
Tolong perkara kebaikan pun sedeqah.

5) Jamu orang makan : Mana2 orang yang kita tahu 
dia faqir atau miskin, jamu diorang makan ikut kadar 
kemampuan kita. Kalo tak dapat pun, jamu haiwan (kucing) 
makan pun dah kira ok.

6) Sabar : Latihan di dalam bulan puasa memang teruk
 ujiannya. Berusaha untuk sabar dan tidak melenting untuk 
latih diri bersikap profesional dalam keadaan yang teruk.

P/S : Mudah-mudahan perubahan berkekalan sehingga 
hujung hayat kita, sampai ke hujung keturunan kita :)

No comments:

Gosip-Gosip