ciri-ciri idaman isteri
Suami bagaimana yang sebenarnya di idamkan oleh seorang isteri?
Kali ini disenaraikan ciri-ciri suami yang amat didambakan oleh isteri di luar sana.
1. Sedia mendengar
Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.
2. Sentiasa menambah ilmu rumahtangga
Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin,
suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan
seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.
3. Menghargai
Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri
menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang
sememangnya sedap.
4. Tidak sentiasa menyalahkan
Sewaktu
ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut,
marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan.
Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada
isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa
tetap memberikan senyuman.
5. Mampu menahan marah
Orang
yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami
bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan
rasa tidak puas hati di pihak isteri.
6. Sayang diri sendiri
Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk
bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.
7. Boleh menerima pendapat isteri
Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan
bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan
tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.
8. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga
jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi
tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah
pejabat di pejabat sahaja.
9. Romantis
Memang agak sukar
mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada
isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada
hari-hari istimewa sang isteri
10. Membantu urusan rumahtangga dan anak
Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu
sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya.
11. Tidak cerewet
Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas
dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya.
Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan
tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.
12. Soleh
Taat pada agama dan mampu membimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan dunia dan akhirat.