Sunday, February 12, 2012

Tips mengambil hati pasangan


Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

- Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu........
- Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut........
- Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.....

Tips mengambil hati isteri

- Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.....
- Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda......
- Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.....
- Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah......
- Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan....

Saturday, February 11, 2012

jodohmu adalah cermin dirimu sendri ... ;')

Bila ingin mendapatkan yang baik .. jadikan dirimu Baik ..
bila ingin mendapatkan yang Solehah .. jadikan dirimu Soleh ..
bila ingin mendapatkan imam yg baik .. jadilah makmum yang baik pula ..
jangan terlalu sibuk menuntut .. Tapi jadilah apa yang kau tuntut...

Laa takhaf wa laa tahzan..Innallaaha ma'anaa..
(jgn lah takut & jgn lah sedih..sesungguhnya Allah bersama kita)

SETIAP HARI KUBUR MEMANGGIL MANUSIA SEBANYAK 5 KALI...

1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."

2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."

3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."

4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."

5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya."

Firman Allah SWT: "Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS Al-Jumu'ah: 8)

WALLAHUA'LAM...

Gosip-Gosip