Saturday, May 14, 2011

Hepinyer ari nie............

Selamat pagi semua.....Ari ni kite rasa betul-betul happy sebab xkerja. Kalau tidak, time ni la kalut nak pi mandi, pilih baju, iron baju dengan breakfast. Tengok kat Tv, orang breakfast sambil baca surat khabar tapi kite breakfast sambil online. Nampak canggih tu. Sebenarnya baca metro online , baru jimat kot. Tak payah-payah nak pi beli surat khabar.Hehehe... Tu kelebihan ada Internet. So kite kena la pandai-pandai mengaplikasikannya. Tiru la macam saya..hehehhehe (  note:benda baik je, yang tak baik jangan tiru ya).

Nak buat apa ya pagi ni?? Pikir..pikiaq..urmmm, yang penting hari ni kena keluar. Pi isi minyak  yang tak berape nak penuh tu. Pikir je keluar, on the spot terus pikir duit.Tak habis-habis dengan duit. Duit..duit.. Makin banyak guna, makin kering pulak. Kalau makin tebal kan best...Lagi la kite suka guna.Kena buat bajet nie..lari kan susah pulak. Tak terkejar nanti, baru tahu. Padahal, habis duit baru nak tahu.. so bajet-bajet la ya.. K la, sampai sini je lu ya report pagi ni. Tak tahu nak tulis apa. Idea tak bangun lagi.. Selepas Idea dah bangun dan siap semua, baru kite sambung lagi..Pesanana ringkas, ceria la hidupmu dengan senyum dan selamat beramah... Senyum...senyum tak perlu kata pape......  N enjoy your weekend... (: (: (:

Saturday, April 09, 2011

selamat pagi, Selamat pEtang Dan Selamat Malam............

 Urmmmm, cepat btul masa berlalu.............ari ni dah 9 aribulan... lg semggu nk final exam.takutnya, byak ag kite blom cover. Macam mana ni? Semalam punya la rajin nk study group. P p study entah kemana, group entah kemana. Biasalah study kt bilik tv katakan.Sebelum ni ok je sebab tv just jd pameran. Tapi semalam tv berjaya memikat ati kami.Dah la citer best tu.Ingat nk layan kejap je, tut tut sampai habis citer tu secara tak sengaja.Habis masa dengan macam tu je. Salah sape ni? urmmm.ape nk jd nie...xpe2, ari ni nak bayar balik yang semalam punya...INsyallah...Dah nekad nie,mood study pon dah datang. Layannnn..........

Tuesday, February 15, 2011

Santai hantu

POCONG

  • Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang kelemahannya. Kita hanya perlu membuka tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.
PONTIANAK
  • Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
HANTU RAYA
  • Hantu yang suka beraya dan menyamar jadi tuan rumah dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit aya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak keja dan aktiviti lain dia nak buat.
JERANGKUNG
  • Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
HANTU GALAH
  • Hantu nu la yang paling tinggi daripada hantu lain. Kalau jumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia xperasan kita ada kat situ.
TOYOL
  • Hantu ni lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. Nanti dia ingat duit mas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas sah-sah lah dapat penampar jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak macam tu..

Gosip-Gosip