TIDAK dinafikan, berdengkur memang mengganggu tidur dan ketenangan
orang lain tetapi kadang kala ia melucukan terutama apabila ia berirama
serta bersahut-sahutan antara lebih seorang kaki dengkur. Situasi itu
boleh kita lihat jikalau dalam perjalanan jauh menaiki bas, kereta api
mahupun kapal terbang.
Walaupun ia dianggap perkara lumrah terutama di kalangan lelaki,
masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia
petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi,
sakit jantung dan diabetes.
Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan
sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Akibatnya,
individu terbabit keletihan sehingga sanggup mengorbankan waktu makan
tengah hari semata-mata untuk membayar ‘hutang tidur’.
Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Peru- batan Taman Desa,
Dr Khairuzzana Baharudin, berkata berdengkur adalah satu gejala dan jika
semakin teruk boleh membawa masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu
laluan udara dari hidung dan mulut tersekat.
Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau
alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti
tonsil di belakang hidung).
Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman
di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang
berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi
orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung.
FAKTOR PENYEBAB
Alahan
Tulang hidung yang bengkok
Masalah tisu berlebihan di anak tekak
Obes
Alkohol
Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
Kedudukan tidur yang terlentang
Tonsil yang bengkak
LANGKAH PENCEGAHAN
Jaga berat badan dengan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang 22
Tidur mengiring
Berhenti merokok
Jauhi minuman beralkohol
Ubat tidur
RAWATAN
Diagnosis - lakukan skor untuk mengetahui tahap dengkur.
Masukkan kamera dari hidung ke peti suara untuk melihat tahap serius dengkuran pesakit.
Hantar pesakit ‘sleep study’ - ada mesin yang mengesan
dengkuran ketika pesakit tidur. Ia mengesan pergerakan tangan, kaki dan
oksigen di dalam badan dan gelombang otak sewaktu tidur.
Bersandarkan keputusan ‘sleep study’, doktor boleh mengetahuikan
sama ada pesakit mengalami masalah OSA atau ‘central’. Jika masalah itu
berpunca daripada central (paru-paru atau otak), pesakit tidak boleh
dibedah.
Pembedahan dilakukan bergantung kepada punca yang menyebabkan
dengkuran. Terdapat sejenis mesin yang membantu membekalkan oksigen
untuk mereka yang obes atau tidak mahu menyelesaikan masalah itu
menerusi pembedahan.
Antara pembedahan dilakukan ialah ‘pillar implant’ iaitu bagi
meluaskan sedikit ruang di antara lelangit dan lidah, pembedahan tonsil,
pembedahan ke atas lelangit atau pembedahan hidung seperti septoplasty
untuk meluruskan tulang hidung.
Menurut Dr Khairuzzana, mereka yang berdengkur mengalami kering
tekak apabila bangun tidur disebabkan bernafas daripada mulut. Mereka
juga mudah tertidur pada waktu siang dan dada mudah berdebar-debar dan
cepat marah kerana letih.
Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang
berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah
terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat.
Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah
seseorang mudah penat padah tiada tidur yang berkualiti. Ada juga yang
mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi
dengkuran pasangannya.
Sementara itu, sering mengantuk dialami pesakit boleh menjejaskan
kerja di pejabat manakala pelajar tidak dapat menumpukan perhatian di
dalam kelas.
Epworth Sleepiness Scale (ESS) dilakukan untuk mengukur mengantuk
waktu siang menggunakan soal selidik. Ini boleh membantu dalam
mendiagnosis gangguan tidur. Skor dibahagikan kepada 0 (tidak tidur), 1
(ada kemungkinan akan tertidur), 2 (mudah tertidur) dan 3 (kemungkinan
besar akan tertidur).
Skor keadaan berikut:
1) Ketika duduk dan membaca.
2) Ketika menonton televisyen.
3) Duduk bersahaja di tempat awam.
4) Duduk sebagai penumpang kereta tanpa berhenti.
5) Baring berehat pada waktu tengah hari.
6) Duduk dan bercakap dengan seseorang.
7) Duduk berseorangan selepas makan tengah hari tanpa pengambilan alkohol.
8) Di dalam kereta, berhenti selama beberapa minit ketika kesesakan lalu lintas.
Sekiranya skor berkenaan melebihi sembilan, seseorang itu
dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Ini kerana, bagi
orang yang normal, jumlah skor akan kurang daripada lapan manakala kadar
sewajarnya ialah enam.
Penyelesaian dengm Shaklee
Vitamin E >> dapat mengurangkan masalah DENGKURAN SEMASA TIDUR ( SNORING)
Vitamin E mempunyai antioksida dan membantu dalam proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.
Isteri-Isteri yang mempunyai suami yang suka tidur bersengkur, boleh la memberikan suami anda Vitamin E shaklee untuk mengurangkan masalah tidur dan anda boleh tidur dengan tenang. Masalah tidur berdengkur juga menjadi salah satu punca penceraian. Jangan biarkan anda diselubungi masalah ini.
Berminat untuk dapatkan set dengkur shaklee, sila hubungi saya melalui:
fB :
Aisyah Humairah
Page Fb:
Lavenda Shop
Msg/ Whatsapp/ Wechat: 0133466955