Tuesday, December 24, 2013

Dah lama ak u xupdate blog..makin banyak dah sesawang labah-labah. Dulu bujang, sekarang dah berdua. Jangan fikir bukan-bukan ya, sebenarnya ak dah kawin. Raya puasa ari tu, tanggal 9 Ogos 2013, ak sah menjadi isteri kepada En Adek. dengan sekali lafaz.




Ni la En Adek yang hensem. Aku punya tau.

Monday, April 15, 2013

Siapa Wanita Cantik?


Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.

InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?

kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau anda turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.

tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.

ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.

namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.

kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.

kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.

malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.

suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
 

ISTERI YANG SUKA MEMBEBEL

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel.

Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.

Dia pun marah balik isterinya kerana membebel.

Si isteri pula menjawab.

Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari.

Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah.

Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya.

Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab,

“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata :

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya.

Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku?

Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Khalifah Umar yang terkenal dengan ketegasannya dan garang dalam peperangan juga menunjukkan kelembutan dalam rumah tangga.

Kisah seorang pemuda yang cuba melarikan diri dari malaikat maut


Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan sebuah
majlis keramaian dan menjemput semua rakyat baginda untuk menghadiri majlis itu.

Ketika majlis itu sedangber langsung, terdapat seorang pemuda yang sedang mengambil makanan.

Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam sekali.

Pemuda itu menjadi begitu risau dan hilang selera makannya.

Ketika hendak pulang ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah; iaitu Nabi Sulaiman a.s.

Lalu dia pun menceritakan kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang tajam terhadapnya.

Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu adalah
malaikat Izrail.

Pemuda itu dapat merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah datang untuk mencabut nyawanya.

Lalu dia meminta Nabi Sulaiman agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat mencarinya.

Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda tersebut ke pulau yang diminta.

Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu gembira kerana telah berjaya lari daripada maut.

Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut telah tercegat di belakangnya!

Dengan perasaan berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam majlis Nabi Sulaiman.

Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail telah mendapat perintah daripada Allah azza wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang sedang mereka berdiri ketika itu.

Apabila dia bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail) dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat yang begitu jauh daripada tempat majlis itu berlangsung dalam masa beberapa minit lagi.

Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh dalam masa yang cukup singkat.

Namun, apabila Malaikat Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah berada di pulau itu.

Maka mudahlah kerjanya.

Barulah pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha Berkuasa dan maut itu akan merenggut kita di mana jua kita berada.

MAKA , WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH YANG SEDANG LEKA DIBUAI KESERONOKKAN DUNIA!

KETAHUILAH, MAUT ITU TERLALU DEKAT DENGAN KITA.

BERSEDIALAH MENGHADAPINYA. SETIAP SAAT YANG LALU MENGHAMPIRKAN KITA DENGAN MAUT.

MUNGKIN MAUT AKAN MENJEMPUT KITA DALAM SATU MINIT LAGI, ATAU BEBERAPA SAAT LAGI..!
 

AKU MENYESAL KAWIN....................



Ini cerita aku.....

Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku.

Aku tak penah kenal pon dia.

Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.

Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.

Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.

"Jom la bang tido...".

Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.

Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..

Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!

Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la....

Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..

Kira berbelanja tanpa waswas la.

Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.

Hohoho..

Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.

Tade dalam list, tak leh amik!!

Dah la berejam-jam pusing..

Leceh tol la orang pompuan nih.

Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.

Aku je yang muka tensen.

Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..

Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.

Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..

Dia kata x hensem la, x kemas la..

Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.

Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)

ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.

Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).

Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.

Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.

Sakit wooo bini aku cubit.

Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made.

Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).

Pastu baju2 bergelimpangan atas katil.

Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je..

Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..

Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la..

Maklum la dah ade P.A.

Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..

Hmm sejuk hatiku.

Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.

Jadi kena ade yang tolong ingatkan.

Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi...

Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
copypatse from ustaz  Nasir
 

Pengajaran untuk bersama..........

Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki'...Naudzubillah!

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu.

Takkan saya lupakan selama-lamanya.

Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika.

Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa,

“Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu.

Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung.

Namun bau itu makin kuat.

Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan.

Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan.

Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka.

Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul.

Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan.

Saya mengintai dari kejauhan.

Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat.

Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan.

Saya muntah dibuatnya.

Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap.

Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya.

Tiba-tiba suasana menjadi pegun.

Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah?

Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan.

Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki.

Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar.

Yek, jelek sekali.

Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya.

Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu.

Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan.

Makakan yang baik dan makanan yang jelek.

Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu.

Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat.

Baunya seperti bau najis ayam.

Ia busuk sekali.

Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah.

Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan.

Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya.

Seketika, saya melihat kejauhan.

Seorang yang kelihatan soleh.

Wajahnya tampak kuat beribadat.

Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah.

Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu.

Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami.

Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami.

Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami.

Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami.

Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis.

Seorang naqib?

Ya, saya seorang naqib.

Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu?

Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita.

Mereka sedang mengerumuni satu hidangan.

Saya mengintai jauh-jauh.

Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia.

Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup.

Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka.

Itu adalah saudara saya.

Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan.

Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.

Mereka memperjuangkan Islam.

Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti.

Ini kisah benar.

Saya mendengar dari rakan saya sendiri.

Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah.

Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam.

Berpegangan tangan.

Menunggang motosikal bersama-sama.

Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu!!!

✿Na’uzubillah, Allahumma Ajirna minannar.

✿Saya keanehan.

Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya?

Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang.

Seorang tua bertongkat merapati saya.

" Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah.

Terbeliak mata saya melihatnya.

Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..

Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

 copypaste from  ustaz nasir..


~ PETUA BERUMAHTANGGA ~


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.

Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


JENIS-JENIS TANGISAN




Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyah ada 10 Jenis Tangis iaitu :

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8). Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

GELAGAT ORANG MUDA BARU KAWIN



Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih.

Entah dari mana la datangnya.

Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la.

Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami.

Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku.

Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku.

Haihhh… memang sakit hati.

Baju baru kot, mahal lagi!!!

Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna.

Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…”

Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping.

Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan.

Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh.

Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul!

Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je.

Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!!

Huhh. Memang sakit hati betul!!

Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana?

Kenapa call tak angkat??!!

Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang…

Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..

” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.

Ok fine. Aku masak je.

Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan.

Aku hidang bagi dia makan.

Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa.

Tapi dia diam.

Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.

Habis makan pun tak kata apa.

Aku pun confius.

Dia ni takde respons. Sedap ke tak??

Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah.

Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..

Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal.

Tak boleh start. Panik gak la aku time tu.

Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh…

Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.

Then, aku call dia.

Yang aku tak boleh tahan tu....

Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….

” Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu.

Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh.

Dan lepas start terus boleh…

Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas.

Dia kata pergi sekejap je.

2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah.

Dia nak pi buat keja dia.

Takkan nak kata tak boleh kot.

Kerja arkitek biasalah. Busy la kot.

Tapi memang agak sakit hati jugak lah.

Boleh dia lesap macam tu je.

Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke.

Tapi memang hampeh!!.

Langsung dia tak call!!

Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de.

Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju.

Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna.

Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh.

Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

Jeng Jeng Jeng.......

Huishh siap dengan surat lagi.

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku yang tersayang...

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Jangan marah-marah ek.. hehe..

Saya bukannya apa, saja tulih surat nih..

Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi

Pertama sekali saya nak bagi tau lah.

Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak.

Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..

Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!!

Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha…

Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’.

Comel sangat… Iskk..

Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.

Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi..

Takut terkantoi.

Ye la saya pi cari baju awak kot!!

Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??

Huh… memang tension.

Susah betul nak cari.

Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm…

Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu…

Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot.

Ikut jam dinding kat rumah kita.

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya time keta awak rosak… hmm.

Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!!

Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik.

Tau tak saya langgar semua traffic light merah!!

Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas.

Saya lagi seronok.

Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2??

Saya memang saja je tak call awak…hihi…

Tapi saya ok je.

Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least.

Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

Love,

Suamimu.......


REPAIR BODY SENDIRI


Sambil rehat2 atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair body kita sendiri.

Rujuk grafik.

Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita.

InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan.

Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...


Tips Jaga Kesihatan Buah Pinggang (Ginjal)


Kesihatan ginjal berkait rapat dengan cara hidup sihat.

Bagi memastikan ia sentiasa berfungsi pada tahap optimum, amalkan gaya hidup sihat.

Paling penting, jaga pemakanan dan amalan senaman bagi mengekalakan berat badan ideal.

Dengan cara itu, hayat ginjal dapat dipanjangkan dan sentiasa berfungsi dengan sepenuhnya demi kesejahteraan kesihatan diri.

Antara Panduan/Tips Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang :-

1. Amalkan kehidupan sihat

2. Elakkan kebergantungan kepada ubatan tanpa surat doctor

3. Mengambil banyak sayuran dan buah-buahan segar.

4. Menjauhi makanan bergula, air soda, pemanis tidak asli, makanan bergaram, dan lemak tepu.

5. Pilihan alternatif lebih sihat seperti ikan bilis atau rumpai laut untuk menggantikan garam, daun stevia atau madu menggantikan gula, minyak zaitun atau kelapa organik sebagi minyak masak dan serbuk krimer menggantikan santan.

6. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

7. Kekalkan berat badan ideal dengan mengamalkan senaman, cara hidup aktif dan penjagaan makanan.

8. Jangan merokok atau mengambil minuman beralkohol (haram)

9. Melakukan pemeriksaan tekanan darah secara tetap.

10. Lakukan perkara yang menenangkan dan elak berasa tertekan (stress)


AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!!

(Kisah Benar)

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.

Suri rumahtangga sepenuhnya.

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.

Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya.

Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu.

Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang.

Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat.

Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk.

Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.

Apa yang akan terjadi padanya kini?

Dia pun kurang pasti.

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.

Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,

"Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?"

Malaikat menunjukkan mereka itu.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.

Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.

Luangkan masa bersama keluarga.

Imarahkan masjid selalu.

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

Selalulah memberi.




Thursday, April 11, 2013

Temui nanas kembar lima

BACHOK – Seorang warga emas berusia 75 tahun terkejut apabila mendapati salah satu daripada tanaman nanasnya berbuah agak pelik dari yang lain.

Ismail Ibrahim berkata, dia menyedari keadaan aneh itu ketika awal pertumbuhannya dan kini pokok nanas itu berusia dua bulan.

“Pokok nanas ini tumbuh bukan sebiji seperti pokok lain. Ia seperti kembar lima. Pertumbuhannya juga agak cepat daripada pokok lain.
Temui nanas kembar lima 


“Sepanjang pakcik jadi petani sejak berpuluh tahun lalu, inilah kali pertama dapat tengok keadaan nanas yang agak pelik. Pakcik rasa tidak mustahil ia besar seperti buah di pokok lain juga,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kebesaran ALLAH SWT ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan dia amat kagum dengan kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri.

Difahamkan, Ismail mempunyai keluasan tanaman kira- kira setengah ekar termasuk ubi kayu dan pisang.

Dia mengusahakan tanaman sendiri untuk dijual secara kecil- kecilan di pasar Jelawat. Tanaman ubi kayunya digunakan isterinya, Hasnah Mat Saman, 65, untuk membuat tapai ubi kayu untuk jualan di pasar Jelawat.

Lekat syiling RM47,650 pada kereta

Dubai: Anda mestilah orang kaya jika mahu memandu kereta ini.
Pemiliknya, Ali Hassan Gharib, 29, melekatkan syiling 57,412 dirham (RM47,650) pada keretanya yang berharga RM210,000.

Tindakannya itu menyebabkan kenderaan itu kini berharga lebih RM2.5 juta.
Walaupun selepas dilekat dengan setengah tan syiling, Range Rover ini masih boleh meluncur selaju 120 kilometer sejam.

Ali berkata: “Saya mahu mendapatkan syiling dari setiap negara dan lekatkanya pada kereta ini.”

Ikan berwajah buaya ditangkap

Phitsanulok (Thailand): Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam.
Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.

Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.
Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya.

Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar.

Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak. Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai.
Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.

“Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya,” kata Malee. - AFP

Belut jalan dalam perut

Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.
Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.
“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. - Daily Mail

Foto

Wednesday, March 06, 2013

Taktik 'tepuk bahu' di ATM
Dua orang ahli sindiket menghampiri mangsa.
Taktik 'tepuk bahu' di ATM
Ahli sindiket jatuhkan wang yang ‘kononnya’ milik mangsa.
Taktik 'tepuk bahu' di ATM
Ahli sindiket lagi seorang akan bertindak pantas dengan mengambil wang dan menukar kad ATM mangsa.
Taktik 'tepuk bahu' di ATM
Terus berlalu pergi.
Azmi sedang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran kawasan pejabatnya. Sedang dia mengambil wang yang telah dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang oleh seseorang yang tidak dikenali memberitahu duitnya terjatuh.

Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’ itu, dia terkejut apabila mendapati duit yang dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Jika anda pernah mengalaminya, anda mungkin menjadi antara ribuan mangsa si penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’ wang ringgit.

Tahukah anda? Semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan usia berisiko untuk menjadi mangsa kepada pencopet di ATM.

Jenayah samun di ATM

Kekerapan orang ramai menggunakan perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah.

Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM jarang dilaporkan berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu dititikberatkan pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar.
Jika ingin mengeluarkan wang di ATM, pastikan anda berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengelak jenayah ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, kelalaian segelintir pengguna ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan ini.

“Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas”, katanya.

Keselamatan nombor pin ATM

Orang ramai dinasihatkan agar jangan menyimpan nombor pin bersama dengan kad ATM dengan cara melekatkan atau menulis nombor pin di atas kad ATM Ini adalah untuk mencegah daripada nombor pin terdedah kepada orang yang menjumpainya jika kad ATM tercicir atau dicuri.

Adalah dinasihatkan agar nombor pin yang dipilih itu bukannya nombor kad pengenalan atau nombor tarikh lahir. Ketika berada di ATM untuk membuat transaksi orang ramai dinasihatkan agar memasukkan nombor pin dengan cara terlindung agar tidak dapat dilihat oleh orang yang berdiri di barisan sebelah atau yang beratur di belakang kita.

Sasaran mangsa si penyamun
-Orang yang dapat gaji pada hujung bulan
-Golongan wanita
-Mereka yang bersendirian di ATM
-Orang yang ambil wang pada waktu malam
-Orang yang kerap mengambil wang dalam tempoh masa yang tetap seperti ahli perniagaan
-Leka mengira wang tunai di hadapan ATM
-Berbual dengan orang yang tidak dikenali ketika di ATM

Tip pencegahan
-Keluarkan wang ketika waktu ramai orang seperti waktu makan tengahari.
-Bawa teman ketika mengeluarkan wang di ATM.
-Sekiranya anda berasa curiga dengan orang yang berada di kawasan ATM, segera hubungi pihak polis.
-Jangan beritahu maklumat bank anda kepada orang lain.
-Jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi di ATM
-Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika membuat transaksi.

Cikgu Kenit tidak kisah

New Delhi: Azad Singh, 22, mencapai impiannya untuk menjadi guru walaupun dia hanya setinggi 0.94 sentimeter.
Azad mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku dan ini bermakna dia berhenti membesar pa da usia lima tahun dan ketika berusia 22 tahun dia terperangkap dalam saiz tubuh kanak-kanak.
Dia kini mengajar kemahiran komputer di sekolah perempuan di Haryana, yang pelajarnya jauh lebih tinggi daripadanya.

Ketika mengajar, dia terpaksa berdiri di atas meja agar cukup tinggi untuk mencapai papan putih.
Foto




Foto
 Kerana saiznya yang kecil itu, pelajar memanggilnya ‘Chotu’ yang bermakna ‘guru kenit.’
Azad yang memperoleh gaji sebanyak 10,000 rupee (RM570) sebulan dan terpaksa memakai pakaian kanak-kanak berusia tujuh tahun berkata, dia tidak kisah dengan gelaran itu.

“Saya tidak kisah kerana saya sudah mencapai impian saya. Orang kini lebih menghormati saya kerana saya sudah mempunyai pekerjaan,” katanya.

Ketika berusia 18 tahun, seorang pengawal stesen kereta api menyangka dia masih bayi.

Di sekolah, dia dibuli kerana saiznya. Dia juga sangat takut diculik kumpulan sarkas sehingga enggan keluar rumah.

Bagaimanapun, Azad berkata, semua pengalaman pahit itu membantunya menjadi dirinya hari ini.

“Sering dibuli menjadikan saya lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita saya,” katanya.

Adik perempuannya, Laxmi, 19, turut mengalami gangguan hormon yang sama, tetapi ibu bapa mereka tidak mampu untuk mendapatkan suntikan hormon diperlukan bagi menggalakkan pembesaran.

Adik perempuan bongsunya, Suman, 15, belajar di sekolah tempat Singh mengajar di Gurgaon, Badshapur dan memandunya ke tempat kerja setiap hari menaiki skuter.

“Dia membuatkan saya berasa bangga,” kata Suman. - Agens

Monday, March 04, 2013

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:



Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Saturday, March 02, 2013

Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!) -



Jika anda melihat seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..

Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.

Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).

mereka-mereka ini adalah penjenayah samseng, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama taktik kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.
Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.
Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.
Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.
“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisketagihpewangiketiak/Article/index_html#sthash.9z8q7muL.dpuf
Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.
Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.
Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.
“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisketagihpewangiketiak/Article/index_html#sthash.9z8q7muL.dpuf
Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.
Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.
Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.
“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisketagihpewangiketiak/Article/index_html#sthash.9z8q7muL.dpuf

al-Fatihah

GUGUR DI HARI JUMAAT SEBAGAI SEORANG PERWIRA ,
AL-FATIHAH, TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA '
BERITA TERKINI
JENAZAH DI HANTAR UNTUK DI SEMPURNAKAN KEBUMIAN MALAM TADI

Al Fatihah

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Mereka ini meninggal sebagai wira negara pada hari Jumaat pula tu. Negara akan berkabung akan pemergian mereka, tetapi kita berbangga ada anak bangsa yang mulia sebegini. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam Syurga Firdaus kelak. Amin ya rabb.

Al-Fatihah bt wira negara yg terkorban n semoga cpt sembuh pd yg cedera..


LAHAD DATU: Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera:

Terkorban:
1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera:
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI
Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisketagihpewangiketiak/Article/index_html#sthash.9z8q7muL.dpuf
Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisketagihpewangiketiak/Article/index_html#sthash.9z8q7muL.dpufVv
Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisketagihpewangiketiak/Article/index_html#sthash.9z8q7muL.d

Thursday, February 28, 2013

TANDA-TANDA PENYAKIT PADA DIRI KITA..


Tanda sakit yang selalu kita rasakan pada tubuh badan kita ada hubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Sukar untuk bernafas atau termengah- mengah ketika bernafas.
Salah satu tanda- tanda pertama kanser paru- paru yang harus diingat oleh pesakit adalah kesukaran mereka untuk bernafas. Malah kadangkala berjalan sedikit sahaja boleh menyebabkan mereka termengah- mengah.

Batuk kronik atau sakit dada.

Beberapa jenis kanser termasuklah leukemia dan tumor paru- paru boleh menyebabkan gejala- gejala yang hampir sama dengan batuk teruk atau bronchitis. Satu cara untuk membezakannya adalah apabila masalah itu berlanjutan atau hilang dan datang semula, sekiranya tetap sama. Sesetengah pesakit kanser paru- paru melaporkan, sakit dada mereka akan naik sehingga ke bahu atau ke bawah lengan.

Kekerapan demam atau mengalami jangkitan.

Perkara yang disebutkan ini boleh merupakan tanda- tanda penyakit leukemia, iaitu kanser pada sel- sel darah yang bermula dalam tulang sum- sum. Sering kali doktor hanya mengesan leukemia terhadap orang dewasa selepas pesakit mengadu mereka demam, kesakitan dan gejala- gejala seperti selesema dalam jangka masa yang panjang.

Kesukaran untuk menelan makanan.

Masalah ini selalunya berkait rapat dengan kanser tekak. Sukar menelan makanan juga kadangkala tanda- tanda pertama seseorang itu menghidap kanser paru- paru.

Nodus limfa membengkak atau wujudnya benjolan pada leher, ketiak dan pangkal paha.
Pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik. Benjolan pada nodus limfa pada bawah ketiak kadangkala adalah tanda- tanda penyakit kanser payudara. Benjolan yang tidak menyakitkan pada bawah leher, ketiak, atau pangkal paha juga boleh menunjukkan tanda- tanda awal leukemia.

Lebam melampau atau pendarahan yang tidak terhenti.
Gejala- gejala ini selalunya menandakan perkara tidak normal berlaku terhadap platelet dan sel- sel darah merah. Ia juga adalah tanda- tanda leukemia. Lebam- lebam boleh berlaku di tempat- tempat luar biasa seperti pada jari- jari dan tangan, dan juga tompok- tompok merah pada muka, leher dan dada. Kadangkala pendarahan pada gusi juga boleh berlaku.

Lemah dan lesu

Lesu dan lemah adalah gejala- gejala terhadap pelbagai jenis kanser yang perlu anda lihat. Ia juga boleh bergabung dengan gejala- gejala lain. Jika anda mengalami letih melampau tanpa sebarang sebab dan tidak boleh dihilangkan selepas tidur dengan secukupnya, segera bertemu dengan doktor.

Badan mengembung atau penambahan berat badan yang tidak normal .
Masalah ini selalunya berlaku pada wanita yang menghidap kanser ovari. Pengembangan pada badan ini datang secara tiba- tiba dan akan bersambung semula atau hilang dalam jangka masa yang panjang.

Perut rasa kenyang dan sukar untuk makan.

Salah satu tanda kanser ovari adalah tidak ada selera makan dan tidak boleh makan walaupun mereka masih belum makan.

Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa yang salah...

 Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.
Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis
melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan
india. Di mana salah nya........

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB...... Misteri di Asrama Puteri
terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di
sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas
membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua
jin itu pun datang dengan
menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan
ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua
jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan
semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu
menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab! Kenapa gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab..

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada
Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK..." "Aduhai... kekekeekeeee..."
WORLDDDD!! hhehehe....

Lagi lawak-lawak menarik like>> Kite datang nak bakor bukan poco2
-ibn-

Kipas Gergasi


 

Kipas gergasi yang dipasang di Masjid Al-Ansar Taman Keramat Kuala Lumpur. Dua kipas gergasi yang sebesar 24 kaki (lapan meter) ini dipasang di masjid itu sejak September lepas dan berharga RM45,000 seunit. Pihak masjid memilih untuk memasang kipas itu kerana mampu memberi penjimatan sebanyak 30 peratus berbanding penggunaan penghawa dingin.

10 golongan manusia diusir dari padang mahsyar

Kisah Pengajaran: Kenapa Tempe Mak Cik Ini Tidak Terjual









Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin“

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.


Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Gosip-Gosip